Aman Central Mall
Aman Central Mall

Aman Central Mall

Pembinaan Aman Central Adalah hasil cetusan idea Menteri Besar Kedah Yang ke 10 iaitu Tan Sri Azizan Abdul Razak[perlu rujukan] dan akan menjadi pusat membeli-belah terbesar di Alor Setar, Kedah. Terletak d tengah-tengah bandar, Aman Central terletak berhadapan Menara Alor Setar dan di sepanjang Lebuhraya Darul Aman yang sibuk. Sebuah pusat membeli-belah dengan 6 tingkat terapi runcit yang terdiri daripada persembahan terbaru dalam fesyen, kecantikan, hiburan, makanan & minuman, pawagam, bowling dan gimnasium yang semuanya terletak di satu tempat. Aman Central bersedia untuk menjadi hab gaya hidup baru di Alor Setar.